40 tahun ABIM

ABIM bukan nama asing di pentas dakwah negara ini. Tahun ini, ABIM akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-40. Menurut Prof John C Raines, seorang pengkaji Islam dari Amerika Syarikat dalam rencananya mengenai sejarah perjuangan ABIM, beliau membahagikan pertumbuhan ABIM sebagai pertubuhan dakwah kepada beberapa era utama. Era pertama ia mula ditubuhkan pada 1971, ABIM mendepani persekitaran masyarakat yang ‘rapuh’. Kerana pada sekitar tahun itu negara baru saja 12 tahun mencapai kemerdekaan.

ABIM muncul ketika usia negara terlalu muda serta tidak  mempunyai sistem pemerintahan kukuh dalam segala aspek kehidupan. Banyak perkara diwarisi daripada sistem penjajahan terutama segi dasar dan sistemnya terus diguna pakai kepemimpinan awal negara. Keadaan ini menimbulkan rungutan dan kekecewaan masyarakat Melayu kerana sistem pemerintahan tidak berupaya memenuhi aspirasi kemerdekaan mereka khususnya dalam memajukan ekonomi mereka yang amat daif akibat dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan penjajah.

Keadaan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dicatat seorang penganalisis yang mana dari keseluruhan pemilikan ekuiti pada 1971, British memiliki 65 peratus, masyarakat Cina (27 peratus) manakala masyarakat Melayu hanya memiliki 2 peratus ekuiti. Realiti ini menggusarkan semua pihak dan mendorong penentangan masyarakat yang kecewa.

Dalam latar masyarakat yang sebeginilah ABIM sebagai sebuah pergerakan dakwah membentuk dirinya pada awal penubuhan. Kegiatan yang bersifat protes bagi menyuarakan isi hati dan menyampaikan realiti sebenar masyarakat umum yang ketinggalan pada arus pembangunan negara begitu sinonim dengan ABIM. Walaupun corak kegiatan dakwah ini dilihat terlalu lantang dan keras, namun ia dijayakan atas cita-cita perjuangan yang murni iaitu bagi memastikan semua pihak terutama masyarakat Melayu terbabit secara aktif dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara selepas kemerdekaan.

Selepas melalui era ini, dinamika pergerakan ABIM melalui fasa baru sekitar 1980–an dan 1990–an. Masyarakat dan melalui pengalaman baru pembangunan kesan dari beberapa dasar negara yang mula proaktif terhadap realiti sosio-ekonomi semasa. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 di mana terjadi pertembungan kaum di negara ini, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tumpuan khusus dasar ini bagi membentuk keseimbangan ekonomi dan ia memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.

Berdasarkan rekod, pemilikan ekuiti masyarakat Melayu meningkat daripada 2 peratus pada 1971 kepada 19 peratus pada 1994, walaupun dalam masa sama ekuiti masyarakat Cina meningkat daripada 27 peratus pada 1971 kepada 45 peratus pada 1994. Peningkatan keupayaan ekonomi Melayu memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Apa yang jelas pertambahan golongan kelas menengah dan elit. Sebahagian besar masyarakat memperoleh peluang pendidikan sama ada di dalam atau luar negara. Kesan lain ialah aspek kebudayaan. Masyarakat terdedah dengan kebudayaan global yang berkembang tanpa kawalan.

Pada era baru ini, ABIM bertukar corak. Dasar dan sikap pemerintah yang dinamik dalam memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat terutama dalam aspek ekonomi, pendidikan dan agama membuka ruang yang luas kepada usaha pengisiannya. ABIM menumpu usahanya sebagai rakan dalam pembangunan negara. Penyertaan ABIM dalam pelbagai bidang pembangunan masyarakat bagi memastikan perkembangan masyarakat dimanfaatkan dengan mewujudkan persekitaran yang mendorong penghayatan agama secara lebih menyeluruh.

Saya sering ditanya apakah agenda ABIM selepas ini? Pada saya, ABIM pada alaf baru harus mempersiapkan masyarakat terutama generasi muda mendepani era masyarakat terbuka. Realiti dunia bersifat global menuntut persediaan luar biasa terutama dari segi ketahanan ilmu dan budaya. Jika tidak, masyarakat kita berdepan krisis jatidiri yang parah. Kita tentu tidak menginginkan negara mencapai status maju namun asing di tanah air akibat jati diri yang larut dalam kebudayaan asing. Inilah agenda besar dakwah ABIM untuk beberapa dekad mendatang.

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Malaysia | Tagged , , , , , | Leave a comment

IHYA’ Ramadhan 1431

Mari kita meriahkan lagi Ramadhan dengan Majlis Ilmu dan Tazkirah.  Anda boleh menjemput penceramah kami bagi mengisi slot Solat Zuhor atau slot selepas Solat Asar.

Bagi pihak Masjid, kami juga boleh mengisi slot sebelum Khutbah Jumaat, slot sebelum berbuka dan slot antara Maghrib hingga Isya’, atau slot diantara tarawikh; atau slot selepas tarawikh. 

Insya ALlah, kami mempunyai tenaga penceramah yang mampu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda semua.  Meriahkan Ramadhan ini dengan sesi percambahan dan pertukaran ilmu.

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

Kutipan DANA Inisiatif Ramadhan ABIM Alor Setar dan Yayasan Pembangunan Ummah – YPU

Mari turut serta dalam perlumbaan saham akhirat ini.

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI ISU KURSUS ESQ LEADERSHIP TRAINING

 1. Sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

2. Merujuk kepada isu kursus ESQ Leadership Training yang diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, suka saya memaklumkan bahawa Muzakarah telah membincangkan isu ini sebanyak 7 kali bermula pada April 2009 sehinggalah dimuktamadkan pada 16 Jun 2010. Kajian telah dibuat oleh Jakim dan Panel Pemantau ESQ yang ditubuhkan oleh Jakim. Selain itu, Muzakarah juga telah mengadakan perbincangan dan dialog dengan pihak pengurusan tertinggi ESQ yang dihadiri oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian bersama Panel Syariah ESQ yang dipengerusikan oleh Dato’ Mustafa Abd. Rahman, mantan Ketua Pengarah Jakim.

3. Setelah meneliti hasil kajian dan pandangan daripada Panel Pemantau Jakim dan penjelasan-penjelas an daripada pihak ESQ, maka Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 16 Jun 2010 telah memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ. Keputusan ini dibuat setelah Muzakarah berpuashati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.

4. Muzakarah juga memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan Syariat Islam.

5. Muzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Muzakarah.

6. Keputusan Muzakarah ini juga dibuat berasaskan pertimbangan- pertimbangan berikut: i. Ahli-ahli Muzakarah bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum. ii. Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak Eksekutif ESQ dan Panel Syariah ESQ untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua yang difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Selain itu, program ESQ juga dijalankan secara terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengikuti dan memberi komen. iii. 8 orang Mufti yang merupakan ahli Muzakarah dan beberapa orang Timbalan Mufti telah menyertai program ESQ dan telah memaklumkan bahwa tiada unsur-unsur percanggahan terhadap prinsip-prinsip asas akidah dan syariah Islam. iv. Panel Syariah ESQ yang dilantik oleh pihak ESQ yang terdiri daripada Dato’ Mustafa Abd. Rahman (mantan Ketua Pengarah Jakim), Dato’ as-Sheikh Nooh bin Gadut (Penasihat Majlis Agama Johor), Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah bin Abdul Halim (mantan Mufti Kedah), Tan Sri Kadir Talib (mantan Mufti W. Persekutuan) dan Dr. Adnan Yusof (Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah USIM) merupakan tokoh-tokoh agama dan ahli akademik yang sememangnya telah lama berkecimpung dalam bidang keilmuan Islam. Muzakarah menghormati keilmuan tokoh-tokoh ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk menilai kandungan program ESQ. v. Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama’ dan persatuan Islam Indonesia seperti Nahdatul Ulama’, Majelis Ulama Indonesia, Ikatan Cendikiawan Muslim Se-Indonesia, Persatuan Muhammadiah, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia bahawa kandungan program ESQ tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam. vi. Program ESQ ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara Islam lain seperti Brunei dan Arab Saudi, juga di Singapura. Tokoh-tokoh agama, ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik dan pelbagai peringkat ahli profesional, artis, pelajar dan sebagainya telah mengikuti program ESQ . Tidak dinafikan ia telah membantu peserta membina peribadi yang lebih baik dan cemerlang.

7. Di sini juga ingin saya menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Muzakarah tidak mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang dan hanya bersifat pandangan hukum, terpulanglah kepada pihak negeri untuk menerima pakai atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan Muzakarah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri. Matlamatnya ialah bagi mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan di Malaysia.

8. Suka juga saya memaklumkan bahawa dalam apa jua isu hukum hakam yang dibincangkan, Muzakarah lebih mengutamakan pendekatan berbincang dan membuat keputusan secara jama’i.

Sekian, terima kasih.

PROF. TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN

PENGERUSI JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

14 Julai 2010

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Muktamar | Tagged , , | Leave a comment

Klip ABIM Kedah 2009 – 2010

http://s471.photobucket.com/albums/rr79/anakpandan/angkatan%20belia%20islam%20malaysia/?action=view&current=ABIMKedahMUKTAMAR01.mp4

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Muktamar | Tagged , | Leave a comment

Fatwa dari Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan ESQ

http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf

Mari sama-sama kita telusuri fatwa ini dari sudut keilmuan dan dada yang lapang terbuka.  Mufti mesti mempunyai dalil dan bukti yang konkrit sebelum mewartakan fatwanya.  Kita tunggu jawapan balas dari ESQ serta mufti-mufti lain.  Hari ini sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan beberapa pemimpin agama dari Indonesia yang mempertahankan ESQ. 

Apa pandangan anda?  Komentar anda…

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Islamic Outreach ABIM | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Muktamar ABIM Negeri Kedah kali ke 38 – siri D

 

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Muktamar | Tagged , , , | Leave a comment

Muktamar ABIM Negeri Kedah kali ke 38 – Siri C

 

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Muktamar | Tagged , , | Leave a comment

Muktamar ABIM Negeri Kedah kali ke 38 – siri B

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Muktamar | Tagged , , | Leave a comment

Muktamar ABIM Negeri Kedah kali ke 38 – siri A

 

Posted in ABIM Alor Setar, ABIM Kedah, Muktamar | Tagged , , , , , | Leave a comment